02/05/2011

Berani meliwat, berani berzina, berani merompak, tetapi takut bersumpah?

Tujuan saya memulakan blog ini ialah kerana saya merasa terpanggil untuk membantu menyelamatkan umat Islam khususnya Melayu daripada menjadi mangsa diperbodohkan oleh agama. Kewujudan konsep sumpah laknat di dalam agama membuatkan saya benar-benar terfikir mengenai kebenaran agama yang kita anuti sekarang. Bagi saya, kalau terdapat satu perkara bodoh pun, ini sudah cukup untuk kita memeriksa keseluruhan sistem kepercayaan tersebut. Sebagai contoh, anda memberi saya satu buku mengenai astrofizik setebal 2000 mukasurat. Tetapi satu mukasurat dalam buku tersebut menceritakan mengenai matahari mengelilingi bumi. Ini sudah cukup untuk saya meragui kandungan 1999 mukasurat yang lain di dalam buku tersebut.

Saya "kagum" bagaimana agama boleh menjadikan manusia bodoh dan tidak menggunakan akal fikiran. Contohnya di dalam isu politik yang hangat di negara kita sekarang, rata-rata orang Islam mengambil serious sumpah laknat. Para mufti, ustaz, ahli politik, jurutera, doktor, pensyarah, pemegang PhD dan golongan berpendidikan yang beragama semuanya menganggap sumpah laknat sebagai cara seseorang penjenayah untuk membuktikan dirinya tidak bersalah. Ini adalah tahap kebodohan gila babi. Alasan ianya ada di dalam agama tidak boleh mengubah hakikat bahawa konsep sumpah laknat untuk membuktikan innocence seseorang adalah satu kebodohan yang gila babi tahap tinggi.

Bayangkan, seseorang itu berani berzina, meliwat, mencuri atau membunuh. Tiba-tiba manusia yang berani melakukan perbuatan ini takut untuk bersumpah pula, bodoh punya kepercayaan ! Jadi kalau tertuduh itu berani bersumpah dengan menggunakan nama Tuhan, ia membuktikan tidak bersalah? Tanggapan mudah oleh hukum agama di sini ialah peliwat, penzina, pencuri takut kepada Tuhan? Macam manakah kita boleh mempunyai tanggapan yang bodoh lagi gila ini? Mereka yang tidak mencuri dan meliwat seperti stand-up comedian di negara Barat pun berani mempersendakan nama Tuhan di atas pentas mereka.

Konsep sumpah laknat akan memberi keuntungan kepada orang jahat dan merugikan orang baik yang benar-benar beriman dan percaya kepada Tuhan. Manusia yang ikhlas dan benar-benar percaya kepada Tuhan akan gementar dan tidak berani menyebut ayat seperti "Tuhan laknatilah aku dan keturunan aku" (walaupun dirinya tidak bersalah). Saya merasa terpanggil untuk menulis mengenai isu ini kerana saya juga tidak berani untuk menggunakan nama Tuhan di dalam sumpah sekiranya tujuan sumpah saya ialah untuk membuktikan kepada manusia lain bahawa saya tidak bersalah, dan dengan sumpah tersebut, maka saya akan mendapat jawatan, harta dan sebagainya. Kalau saya yang jahat dan pernah melakukan bermacam-macam dosa ini tidak berani untuk melafazkan "Tuhan laknatilah aku..." (walaupun saya tidak bersalah), semestinya terdapat manusia lain juga mempunyai perasaan dan pandangan yang serupa dengan saya iaitu takut untuk menggunakan nama Tuhan dengan cara sedemikian.

Dalam kes Anwar Ibrahim, bagaimana sekiranya Anwar Ibrahim tergolong species yang  mempunyai pandangan seperti yang saya nyatakan di atas? Iaitu tidak berani menggunakan ayat "Tuhan laknatilah aku dan keluarga.." (walaupun diri beliau tidak bersalah). Lebih-lebih lagi di dalam kes Anwar, beliau adalah ahli politik dan sumpahan beliau semestinya memberi kesan politik. Sudah semestinya beliau akan terasa seperti menyalahgunakan nama Tuhan untuk tujuan politik sekiranya beliau bersumpah.

Pernahkah kita terfikir jika beliau tidak mahu bersumpah kerana sebab-sebab yang saya nyatakan di atas? Ini menunjukkan konsep sumpah laknat untuk membuktikan diri bebas dari kesalahan jenayah adalah bullshit. Ia memberi kelebihan kepada penjenayah dan ketidakadilan untuk orang yang benar-benar percaya kepada Tuhan.

17 comments:

  1. bro! we need just one mufti to say what you have said....tetapi malang mereka kecut...juanda apa kata kamu. kalau tak mau kata endorse pun cukup

    ReplyDelete
  2. Baca artikel ini, "Sumpah laknat: Fahami bila harus digunakan" di http://bm.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&view=article&id=3059%3Asumpah-laknat-fahami-bila-harus-digunakan&catid=62%3Adr-dzulkefly&Itemid=300

    ReplyDelete
  3. If this kind of "sumpah" is accepted then we can close down all the courts. Sumpah - Not guilty. No sumpah - Guilty!

    This is somewhat similar to the 4 witness stuff. People of good character can testify against you or for you!

    We all play these games when we were young. What does this say about the people who still believe in stuff like this?

    ReplyDelete
  4. apa lah tahap bebal blogger nie. Tak faham muhabalah jangan jadi bodoh....sila baca dan fahamkan interview kat bawah nie. Pensyarah Jabatan Pengajian Islam yang telah telah 23 tahun berkhidmat di USM selepas memperoleh ijazah sarjana muda, sarjana dan ijazah kedoktoran dari Universiti Madinah, Arab Saudi. Beliau merupakan pakar bidang hadis, dakwah dan usuluddin.

    http://rajahmas.blogspot.com/2011/05/samalah-kita-renungi.html

    ReplyDelete
  5. You're confuse. There's no such thing in Islam. I doubt from where you got this knowledge. Go back and study more before you post anything you don't know.

    TIDAK ADA konsep sumpah laknat untuk membuktikan kesucian/ketidak-bersalahan seseorang di dalam Islam. PERIOD.

    ReplyDelete
  6. Bayangkan selepas bersumpah, tiba2 ada kucing bergaduh di tepi mesjid ... Atau kilat menyambar dan elektrik terputus ... Adakah kita akan membuat telahan yang Tuhan sedang memberi 'sign' tertentu. Atau selepas bersumpah ... Dato Siti pun bangun menyanyi dengan penuh syahdu. Adakah kita hendak andaikan yang penyumpah itu dirahmati Tuhan. Itulah yang dikatakan bodoh gila babi. Daripada 1 bab yg tiada di dalam agama, kita terpecaya kepada Tahyul ...

    ReplyDelete
  7. The problem here is:- The blog owner believes this is AJARAN ISLAM thus BLAMING ISLAM for this teaching, WHEREAS IT IS NOT an Islamic teaching.

    ReplyDelete
  8. Saya setuju seratus peratus dengan blogger ini. Syabas, syabas dan syabas.

    ReplyDelete
  9. so are you questioning islam base on your example of astrofizik 2000 pages of physics?

    "Saya "kagum" bagaimana agama boleh menjadikan manusia bodoh dan tidak menggunakan akal fikiran.

    -kau tu yg bodoh tak faham bila dan dimana perlu pakai sumpah tu. (read more on the matter, grow some hair on your nut sack then come back and write another article)

    kau ni minat john lennon ke? konon2 terer la dengan hujah yang tak seberapa kau ni. artikel yang sampah macamni, elok la kau tutup karier kau sebagai blogger.

    you sir, read up more on the matter and then you can spout some of your shit. this is just plain bullshit. you using your logic to make comments on the matter with weak views. not to mention your logic bites ass. you have no talent and your logic is flawed. please move on.

    you may feel you know the matter inside out but take my word for it, you know jack shit.

    tolonglah faham pasal sumpah tu dulu baru komen.

    malu la baca artikel macamni. serious. malu siot.

    ReplyDelete
  10. ""Tuhan laknatilah aku..." (walaupun saya tidak bersalah), semestinya terdapat manusia lain juga mempunyai perasaan dan pandangan yang serupa dengan saya iaitu takut untuk menggunakan nama Tuhan dengan cara sedemikian."

    you really are giving me bullets.

    read more on the matter, understand the matter, and then proceed to write some article(s).

    i dont mean to be a mean one, but your logic in this article is disgusting to say the very least. you own little or very few amount of knowledge on the matter (sumpah, islam) yet you spout shit like you just ate some spicy mexican burritos and suffering bad.

    dont quit your day job. take my word for it.

    ReplyDelete
  11. Serial worker exemplifies the sort of stupidity that religion can unleash upon society. Whether it's Islam or any other religion, more religion = less wisdom and less enlightenment. PERIOD.

    There hasn't been a single example in which large doses of religion has helped any community or any nation in any way. Instead, what we can see today is that religion is the cause of a 2nd wave of Dark Ages!

    In case you haven't noticed, you know how the pro-UMNO blogs are looking at the matter? Saiful went to Mekkah and came back unscathed, Allah didn't strike him dead, therefore he's INNOCENT. Anwar didn't want to do sumpah laknat in a mosque, but Saiful made it to Mekkah and back without any incident! Therefore Anwar is 100% GUILTY!

    Can you see how the Dark Ages bullshit is happening when people get so gripped by religion and dogma that they totally do not use their brains?

    ReplyDelete
  12. Kalau sendiri tidak faham Islam, inilah jadinya.Tutuplah blog anda ini kerana ianya hanya menambah mengelirukan orang ramai dalam isu tersebut dan menghina agama Islam.

    Apa yang trio Datuk T lakukan itu adalah kerja syaitan - tidak ikut syariat Islam.Kelakuan mereka tiada kaitannya dengan agama Islam yang suci.

    ReplyDelete
  13. Bro, engkau ni nak jadi blogger yang kononnya intelectual. Tapi 'knowledge' tak sampai sejengkal, hujah macam mat rempit. Kalau tak faham hal ehwal ugama Islam ni jangan cuba nak jadi ustaz dan nak ganti mufti. Sumpah Laknat tak ada dalam syariat Islam, jangan ikut kan sangat cara yahudi. Orang Yahudi pun mintak petunjuk Tuhan dia tak sekali mintak melanati diri sendiri.Belajar dan kajilah ugama mulia kita ini jangan kita sesat disiang hari.

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. "In case you haven't noticed, you know how the "pro-UMNO blogs are looking at the matter? Saiful went to Mekkah and came back unscathed, Allah didn't strike him dead, therefore he's INNOCENT. Anwar didn't want to do sumpah laknat in a mosque, but Saiful made it to Mekkah and back without any incident! Therefore Anwar is 100% GUILTY!" - Mighty.

    That's the problem with people like you, Mighty. They fail to differentiate between PEOPLE'S PERCEPTION on religion and THE REAL TEACHING of religion, in this case - Islam.

    They gave example of PEOPLE'S STUPID understanding on religion and then blame the religion. Poor, very poor...

    ReplyDelete
  16. aku tahu artikal ini untuk mereka yang totok dengan trio 3 t.
    dan ada beberapa mangkok yang tidak paham apa yang anda tuliskan,mungkin dibaca separuh dan terus dibuat rumusan.

    air syaitan yang terlalu banyak didalam perut 3t dan pengikutnya menyebabkan hujah bersandar agama sudah tidak dapat diterima olih mereka.
    dalam keadaan ini logik akal mereka perlu dijawap dengan logik akal juga .
    dan itulah yang dilakukan olih penulis.
    untuk menghukum penulis,bacalah sampai habis dan pahamilah dia,bukan mengutuk seolah hampa semua adalah pakar tetapi gagal menggunakan kepakaran untuk menyedarkan mereka yang sudah tersesat lebih jauh.

    ReplyDelete
  17. 1.
    "Kewujudan konsep sumpah laknat di dalam agama membuatkan saya benar-benar terfikir mengenai kebenaran agama yang kita anuti sekarang. Bagi saya, kalau terdapat satu perkara bodoh pun, ini sudah cukup untuk kita memeriksa keseluruhan sistem kepercayaan tersebut".

    2.
    "Alasan ianya ada di dalam agama tidak boleh mengubah hakikat bahawa konsep sumpah laknat untuk membuktikan innocence seseorang adalah satu kebodohan yang gila babi tahap tinggi.

    Bayangkan, seseorang itu berani berzina, meliwat, mencuri atau membunuh. Tiba-tiba manusia yang berani melakukan perbuatan ini takut untuk bersumpah pula, BODOH PUNYA KEPERCAYAAN!"

    So jab sp, penulis ni mengkondem trio T atau mengkondem agama? Siapa sebenarnya yang tak faham. Balik mengaji bahasa dulu. Lepas tu mengaji pulak psikologi tulisan. Lepas tu baru datang komen.

    ReplyDelete