03/05/2011

Catatan blog seorang Melayu dan Islam yang munafik

1. Walaupun beribu-ribu penyokong Pakatan Rakyat berdoa dan melakukan sembahyang hajat, tetapi Anwar Ibrahim terus juga ditimpa malapetaka demi malapetaka, sebaliknya Tun Dr Mahathir terus dihormati dan sihat walafiat. Ini membuktikan Tuhan tidak memenuhi doa dan permohonan penyokong-penyokong Anwar. Keadaan Tun Dr Mahathir yang sihat walafiat dan masih aktif membuktikan kehidupan beliau yang dirahmati Tuhan.

2. Memang benar negara umat Islam terus dilanda malapetaka demi malapetaka dan tewas kepada Amerika Syarikat dan Israel walaupun berjuta-juta orang Islam berdoa dan melakukan sembahyang hajat setiap hari supaya Israel dimusnahkan. Tetapi Tuhan mempunyai perancanganNya yang tersendiri yang tidak difahami oleh kita sebagai manusia. Walaupun bekas presiden Amerika Syarikat George Bush dan bekas pemimpin Israel Shimon Peres masih sihat dan cergas di dalam usia mereka sudah lanjut, ini tidak bermakna kehidupan mereka dirahmati Tuhan.

3. Malaysia hilang Pulau Batu Putih kepada Singapura. Saya tidak terkejut dengan keputusan Mahkamah Antarabangsa ini yang memang keputusan penghakiman mereka selalu memihak kepada golongan pro-Zionis dan anti-Islam. Singapura adalah negara satelit kepada entiti Zionis di rantau ini dan semestinya pihak mahkamah antarabangsa yang dikuasai oleh Yahudi akan memihak kepada mereka.

4. Malaysia menang di dalam kes tuntutan terhadap Pulau Sipadan. Mahkamah antarabangsa telah memutuskan pulau tersebut yang juga dituntut oleh Indonesia adalah sebagai milik Malaysia. Saya tidak terkejut dengan keputusan penghakiman tersebut memandangkan usaha dan kebijaksanaan pasukan legal kita yang diketuai oleh Tan Sri Abdul Gani Patail sendiri. Mahkamah antarabangsa semestinya arif di dalam meneliti fakta-fakta yang dikemukan oleh kedua-dua pihak sebelum membuat keputusan tersebut.

5. Hasil kebijaksanaan Tun Dr Mahathir di dalam mentadbir negara, Malaysia telah jauh mengatasi negara-negara membangun lain seperti Sudan, Uganda dan Sierra Leon. GDP per capita kita sudah empat kali ganda mengatasi mereka walaupun usia pencapaian kemerdekaan mereka adalah sama dengan kita.

6. Kita tidak boleh membandingkan pencapaian kemajuan negara kita dengan negara jiran Singapura. Seperti yang diketahui umum, si sebalik pencapaian kemajuan mereka, terdapat tangan-tangan ghaib pihak Zionis dan Yahudi yang membantu mereka dari segi kemasukan pelaburan dan sebagainya. Memang benar GDP per capita mereka empat kali ganda mengatasi kita, tetapi GDP per capita bukanlah penunjuk segala-galanya mengenai kemajuan sesebuah negara.

7. Saya turut mengambil bahagian di dalam tunjuk perasaan di hadapan kedutaan Australia baru-baru ini. Ini adalah untuk membantah tindakan mereka yang cuba mencampuri urusan pentadbiran negara kita yang merdeka lagi berdaulat. Setiap negara tidak berhak mencampuri urusan atau dasar negara lain. Ingatlah sebuah hadis oleh Rasulullah bahawa mencintai tanahair itu adalah sebahagian dari iman.

8. Saya menyeru saudara-saudari supaya datang beramai-ramai di hadapan kedutaan Amerika Syarikat untuk mengambil bahagian di dalam tunjuk perasaan bagi memprotes dasar luar negara tersebut terhadap Palestin-Israel. Sebagai orang Islam, al-Quran mengajar kita supaya berjuang hanya untuk prinsip dan nilai kebenaran sahaja. Ingatlah mengenai sebuah hadis oleh Rasulullah mengenai seorang lelaki yang mati mempertahankan kota Mekah tetapi tetap menjadi ahli neraka. Ini kerana kesetiaan dan kecintaan lelaki ini terhadap tanahair mengatasi kesetiaanya terhadap prinsip kebenaran di dalam perjuangannya, walaupun ianya kota suci Mekah !

No comments:

Post a Comment